Tentang Kami

Di sini kami kongsikan drama, movie, animasi yang telah ditapis buat tontonan masyarakat. Adegan tidak sopan telah kami sisihkan dari movie asli bagi menjadikan hiburan ini lebih bersih agar masyarakat kita lebih terhindar dari impak negatif akibat unsur2 tidak sopan yang sering diselitkan dalam movie/animasi/drama sedia ada.

Jika ada apa-apa komen, pertanyaan mahupun cadangan silakan berkongsi dengan kami.

Kami juga mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan bagi menjayakan Projek Hiburan Sihat ini. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

Senarai Koleksi Filtered Movie boleh rujuk di sini
https://www.facebook.com/614876291924848/photos/a.614904808588663.1073741827.614876291924848/1241548482590956/?type=3&theater

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment