Friday, 5 September 2014

8. A Bug's Life (Animation)


Mengisahkan keluarga semut yang besar tetapi sering dibuli oleh sekumpulan belalang. Semut-semut itu diugut oleh belalang agar sentiasa membekalkan mereka dengan makanan. Jika gagal, semut-semut itu akan menerima akibatnya!

Kisah yang simple, tetapi diolah dengan plot-plot yang begitu menarik sekali. 

*Saya menonton movie ini sewaktu kecil-kecil dahulu, dan pada ketika itu saya melihat movie ini hanya sebagai hiburan kosong saja. Tidak lebih dari itu. Tetapi kali ini saya melihat movie ini sebagai satu movie yang bermakna, penuh dengan pengajaran dan inspirasi. Inspirasi menentang pembuli-pembuli tanah air misalnya. Inspirasi menentang kezaliman.

Elemen: Kecekalan, Keberanian, Berfikiran positif, Semangat Kerjasama, Setiakawan, Pengorbanan, Kejujuran, Nilai kasih sayang & kekeluargaan, Kebijaksanaan.

Download/Tonton Online : Klik Sini
*Anda akan dibawa masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, dan kemudian klik "Skip Ad"

Selamat Menonton :)

__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment