Friday, 5 September 2014

4. Gold and Copper (Iranian Movie)


Mengisahkan seorang pelajar agama yang menjaga isterinya yang sakit bersama dua anak mereka. Dia bertungkus-lumus menguruskan masanya untuk belajar, menjaga isteri dan anak, dalam masa yang sama menjahit karpet demi mencari sumber pendapatan yang halal. Perjalanan cerita yang simple tetapi penuh makna dan pengajaran.

Tonton Online : Klik Sini
Download : Klik Sini

*anda akan masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, kemudian klik "Skip Ad"

Selamat menonton :)

__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment