Elsa, puteri sulung, memiliki kuasa ais yang luar biasa. Ibu bapanya cuba menyembunyikan perkara itu dari adiknya Anna dan rakyat jelata. Elsa pernah mencederakan Anna secara tidak sengaja sewaktu mereka sedang bermain sesama mereka. Peristiwa ini menjadikan Elsa fobia dengan dirinya sendiri dan hidup dalam ketakutan. Semakin dia takut, semakin berbahaya kuasa aisnya. Akibat dari ketakutan itu, seluruh kota mereka diselubungi ais.
Elsa melarikan diri ke kawasan pergunungan yang sejuk untuk mengasingkan diri. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada kotanya yang telah diselubungi ais. Anna yang rasa bersalah berusaha mendapatkan kakaknya untuk memujuknya. Namun, tanpa disengaja, Anna tercedera akibat diresapi kuasa ais Elsa dan kini nyawanya berada di ambang maut.
Dikatakan bahawa hanya 'the act of true love' sahaja yang mampu memulihkan keadaan dan menyelamatkan Anna. Saksikan kisah yang penuh debaran ini.
Elemen: Komedi, Adventure, Kasih Sayang, Nilai kekeluargaan, Keazaman, Pengorbanan, Keberanian
*movie ini telah ditapis untuk menjadikan ia lebih BERSIH, justeru lebih sihat buat tontonan orang ramai.
Download/Tonton Online : Klik Sini
*anda akan masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, kemudian klik "Skip Ad"
Selamat Menonton :)
__________
Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.
Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.
Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.
FB/Koleksi Filtered Movie
No comments:
Post a Comment