Friday 5 September 2014

10. Lord Of The Ring (1-3)



Jika cerita Hobbit mengisahkan pengembaraan Bilbo Baggins bersama tujuh Dwarves menentang naga, cerita LOTR pula mengisahkan pengembaraan anak saudara Bilbo yang bernama Frodo Baggins. Frodo mewarisi cincin misteri kepunyaan unclenya tanpa mengetahui bahawa cincin itu adalah milik Sauron yg merupakan watak jahat dalam cerita ini. 

Orang-orang Sauron mula memburu Frodo untuk mendapatkan cincin tersebut demi menguasai dunia. Frodo mahu tidak mahu harus bertungkus-lumus bersama sahabat2nya bagi memastikan cincin itu tidak jatuh ke tangan orang jahat. Jika itu terjadi maka kemungkinan besar dunia akan bertukar menjadi neraka di mana Manusia, Elves, Dwarves diperhambakan oleh Sauron dan orang-orangnya. 

Elemen : Pengorbanan, Keberanian, Keazaman, Kebijaksanaan, Semangat persaudaraan dan setiakawan, Kasih sayang, 
*Movie ini telah ditapis untuk menjadikan ia lebih BERSIH, justeru lebih sihat buat tontonan orang ramai.

Download/Tonton Online : 

LOTR 1 : Klik Sini 
LOTR 2 : Klik Sini
LOTR 3 : Klik Sini

*Anda akan dibawa masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, kemudian klik "Skip Ad"

Selamat Menonton :)

__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment