Friday 5 September 2014

7. Ratatouille (Animation)


Mengisahkan seekor tikus yang sangat minat memasak. Oleh sebab dirinya dilihat sebagai haiwan perosak, justeru itu ia sukar untuk membuktikan bakatnya yang terpendam. Ayahnya pula cuba menyedarkan dirinya bahawa memasak itu perkara yang mustahil bagi seekor tikus. Namun, kisah ini telah diolah sedemikian menarik oleh kreativiti directornya sehinggakan penonton memperoleh pengajaran ini : Usah pandang rendah pada sesiapa, mungkin saja fizikalnya dilihat mustahil, namun bakat yang terpendam bisa menjadikan anda terpinga-pinga :)

Elemen : Keazaman, Semangat setiakawan, Persahabatan, Kerjasama, Kebijaksanaan, Nilai2 Kekeluargaan
*Movie ini telah ditapis untuk menjadikan ia lebih BERSIH, justeru lebih sihat buat tontonan orang ramai.

Download/Tonton Online : Klik Sini
*Anda akan masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, kemudian klik "Skip Ad"

Selamat Menonton :)

__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment