Friday 5 September 2014

3. How To Train Your Dragon 1,2 (Animation)



Mengisahkan seorang pemuda bernama Hiccup yang merasa rendah diri kerana dilihat lemah, tidak boleh diharap dalam menangani naga2 yang kerap menyerang kampung Berk. Ayahnya kecewa kerana Hiccup bertubuh kecil dan tidak seperti pahlawan Viking yang gagah perkasa. Beliau tidak fikir anaknya itu boleh menjadi seperti seorang pahlawan yang diharapkannya.

Namun ternyata persepsinya itu salah belaka. Kerana di dalam diri Hiccup, rupanya ada potensi tersembunyi yg akhirnya terserlah apabila dia bertembung dengan seekor naga yang menjadi ketakutan orang ramai, yaitu Night Fury.

Elemen : Semangat keberanian, kerjasama, simpati, kasih sayang, persahabatan, saling menghormati, kebijaksanaan.

Movie ini telah ditapis untuk menjadikan ia lebih BERSIH, justeru lebih sihat buat tontonan orang ramai. 

Download/Tonton Online: 

How To Train Your Dragon 1 - Klik Sini
How To Train Your Dragon 2 - Klik Sini
*anda akan masuk ke page AdFly, tunggu 5 saat, kemudian klik "Skip Ad"

Selamat menonton :)

__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

FB/Koleksi Filtered Movie

No comments:

Post a Comment