Tuesday 17 September 2019

25. Nine (Animation)

Image result for nine animation dvd cover



Ketika mana dunia dilanda peperangan dan kemusnahan, nilai kasih sayang, kesetiaan dan pengorbanan menjadi sinar harapan bagi mereka yang masih bernyawa. Tanpa nilai kemanusiaan dan ketaatan pada Tuhan, dunia terus dilanda kemusnahan melalui teknologi canggih dan kerakusan manusia. Kecanggihan teknologi tidak menjamin kebahagiaan jika nilai kemanusiaan yang diajar Tuhan diabaikan.


Sebuah kisah fantasi yang menarik, dan banyak pengajaran yang boleh direnungi bersama.

Saksikan, Nine :
Download/Tonton Online: Klik Sini


*Movie ini telah ditapis untuk menjadikan ia lebih BERSIH, justeru lebih sihat buat tontonan orang ramai.
*Cadangan : Perlahankan volume jika terdapat musik. 


Dapatkan koleksi penuh koleksi filtered movie di :
FB/Koleksi Filtered Movie
#Lindungi Keluarga dan Anak Anda
#Hiburan Alternatif Seisi Keluarga


__________

Peringatan : Jangan sampai lalai menonton movie hingga gagal menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Tuhan, ahli keluarga dan masyarakat. Kami berlepas diri dari perkara-perkara tidak wajar ini.

Kami juga tidak dapat memberi jaminan bahawa movie-movie di blog ini sebagai movie yang 100% membawa faedah kepada penonton, dan tidak juga kami dapat menjamin terlindungnya anak-anak dari kesan negatif dari movie-movie di sini. Kerana walau setinggi mana pun usaha kami untuk menapis, tetap sahaja terdapat elemen negatif yang terselit kerana movie-movie di sini tidak 100% Islamik.

Justeru itu ibu bapa diharap tetap memainkan peranan, memantau dan mengingatkan anak-anak agar tidak terpengaruh dengan apa jua elemen, pengaruh negatif yang mungkin wujud dalam mana-mana movie di blog ini. Harus dijelaskan akhlak ajaran Islam, agar mereka boleh membezakan antara yang positif dari negatif.

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang kurang dari diri kami sendiri.

No comments:

Post a Comment